Ahad, 28 Disember 2008

SAMBUT HARI LAHIR ZAKWAN DI KUALA LUMPUR










Sambungan dari Melawat Kuala Lumpur, pada hari kedua kami di Kuala Lumpur ialah hari lahir Zakwan yang ke-5. Pada sebelah petang, kami membeli kek di pasaraya berdekatan. Zakwan memilih kek pilihannya, iaitu kek berperasa beri biru. Kami juga membeli barang keperluan yang lain. Sampai di rumah saudara, Zakwan pun membuka kotak kek. Selepas itu kami menyanyikan lagu `selamat hari lahir` kepada Zakwan. Sambil menyanyi, acara memotong kek oleh Zakwan dibuat. Kemudian kami pun mengambil kek yang dipotong oleh Zakwan itu tadi. Sedap tau! Zakwan berasa amat gembira kerana setiap kali hari lahirnya, mesti sambut di Kuala Lumpur.

Pada 24 Disember 2008 ialah hari terakhir kami di Kuala Lumpur. Kami bertolak pulang kira-kira pada pukul 10 pagi. Dan kami tiba di Teluk Intan pada pukul 12:30 tengah hari. Kami berasa amat gembira kerana dapat pergi bercuti di Kuala Lumpur.

Sabtu, 27 Disember 2008

MELAWAT KUALA LUMPUR










Pada 22 disember 2008, kami sekeluarga pergi bercuti di Kuala Lumpur selama 3hari 2malam. Kami bertolak pada waktu pagi. Dalam perjalanan, kami juga singgah sebentar di perhentian rehat, Rawang Selangor. Pada pukul 10 lebih,kami pun sampai di Kuala Lumpur. Kami bermalam di rumah saudara kami di Jalan Kolam Air Lama, Ampang, Selangor. Kami tidak pergi kemana-mana selepas itu. Pada sebelah malamnya, kami pergi stesen tren di Ampang untuk menaiki tren ke Masjid Jamek. Mula-mulanya nak pergi Pasar Seni, tapi tengok ada bazar di sebelah Masjid Jamek, kami pun pergi la di situ. Lagi pun Pasar Seni mungkin jauh lagi. Emak sempat membeli tudung Fasihah dan Zakwan pula membeli patung robot yang boleh bergerak.



Pada hari kedua, kami pergi ke Suria KLCC, kami ke sana untuk pergi ke Petrosains. Mula-mula kena bayar tiket dulu. Selepas itu, kami perlu menunggu selama 20 minit beratur untuk menaiki kabel `Perjalanan Merentas Masa`, ia membawa kami ke tempat yang seterusnya. Kat dalam tu gelap sangat. Beberapa minit kemudian, kami pergi ke tempat yang lain. Terdapat pelbagai pameran sains. Zakwan Fasihah dan Ikhwan seronok menaiki jengkaut kecil yang disediakan untuk mengangkut tanah.Fasihah dan Zakwan terkejut sebab ada dinasaur besar yang bercakap. Ada juga tempat boleh menghidu bau pada zaman dahulu. Kami juga telah menonton cerita wayang yang disediakan menggunakan cermin mata 3D. Tempat yang terakhir sekali di Petrosains ialah Pelantar Minyak. Pelbagai pameran yang disediakan tentang pelantar minyak. Disana juga kami boleh menangkap gambar dan mencetak menggunakan komputer yang disediakan. Kami juga mencuba pelbagai permainan menguji minda yang disediakan.



Setelah beberapa jam berada disana, akhirnya kami sekali lagi menaiki kabel untuk pergi keluar. Sesudah sampai di luar, kami singgah sebentar ke Kedai Xplorasi Petrosains yang menjual cenderahati Petrosains dan pelbagai permainan sains. Tapi semuanya mahal, jadi beli yang berpatutan sahaja. Hanya Ikhwan dan Zakwan sahaja yang membeli apa yang mereka nak beli. Mereka membeli permainan kapal terbang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah saudara . Bersambung...

Sabtu, 20 Disember 2008

SIBUK MENYIAPKAN BEKAS CENDERAMATA MAJLIS KAHWIN

Minggu ini kami sekeluarga sibuk menyiapkan bekas cenderamata tetamu untuk majlis perkahwinan adik bongsu emak, Acik Naya yang insyaAllah akan diadakan pada 14 Mac 2009. Walaupun masih jauh lagi tarikhnya tetapi persiapan awal itu adalah lebih baik kerana ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan nanti.
Semua terlibat termasuk Ikhwan dan Zakwan. Antara prosesnya ialah melekatkan reben dan dan bunga pada bekas cenderamata. Nampaknya masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.

Emak sedang sibuk membuat bekas.


Kamipun sibuk jugak...!


Ikhwan dan Zakwan sedang menunjukkan bekas yang sudah siap.

Antara bekas yang sudah siap.

Sabtu, 13 Disember 2008

BERSANTAI DI T.R.A.P SUNGKAI

Minggu lepas, saya sekeluarga telah pergi ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) di Sungkai. Ini merupakan pengalaman pertama kami ke sana. Ia mengambil masa selama lebih kurang satu jam perjalananan dari Teluk Intan.

Masuk melalui laluan jambatan

Sesampainya di sana, kena bayar tiket masuk, mahal juga... Dewasa RM10 (umur 12 tahun ke atas) dan kanak-kanak RM8 (11 tahun ke bawah).

Ihkwan di kolam Mata Air Gunung. Di sini airnya sejuk.

Ada beberapa tempat yang menarik. Antaranya kolam air panas (suam-suam kuku) untuk pengunjung mandi. Ia selamat untuk kanak-kanak kerana airnya cetek. I'ah dan Zakwan pun boleh mandi sekali.

Selain daripada itu, ada tempat merebus telur. Emak saya membeli 7 biji telur dan direndam di dalam air panas. Untuk menjadi telur masak penuh memerlukan 6-7 minit dan telur separuh masak mengambil masa 4 minit. Tetapi kami kena menunggu giliran kerana ramai pengunjung.

Selain itu kami sekeluarga bersantai di kolam keluarga air panas. Bukan untuk mandi tetapi merehatkan kaki dengan memasukkan kaki ke dalam kolam. Memang agak tenang fikiran dibuatnya, walaupun berpeluh.


Sotong gergasi ada di sini..


















Zakwan sedang merendam kaki ke dalam air panas.




Selepas itu, kira-kira pukul 12 tengah hari kami pun balik ke Teluk Intan.









Fasihah (I'ah) nak rasa telur separuh masak.

Rabu, 10 Disember 2008

MANDI-MANDA DI TELUK BATIK: SERONOKNYA MANDI!





Hari ini, 10 Disember 2008, kami sekeluarga pergi ke Teluk Batik untuk bermandi-manda di sana. Kami berasa amat gembira. Maklumlah,dah lama tak pergi. Kami bertolak dari rumah kira-kira pada pukul 7:20 pagi. Setelah satu jam kemudian,kami pun sampai. Kami semua tidak sabar untuk mandi. Kemudian kami mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar. Sebelum mandi, kami semua makan makanan yang dibawa dari rumah tang disediakan oleh emak. Makanan yang dibawa ialah sanwich sardin,nasi goreng,dan mi goreng. Selepas kenyang, kami terus berlari ke pantai. Seronoknya berendam dalam air! Kami membeli 2 pelampung besar,dan 2 pelampung kecil untuk memudahkan kami berenang.

Isnin, 8 Disember 2008

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

Kita digalakkan mengamalkan cara hidup sihat. Antaranya yang selalu disarankan ialah melakukan senaman sekurang-kurangnya selama 20 minit dan ia dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Keluarga kami tidak ketinggalan menyahut seruan tersebut.

Ikhwan menjadi instructor.

I'ah dan Zakwan begitu bersemangat.

Sabtu, 6 Disember 2008

ASSALAMUALAIKUM....JAWABLAH IA DENGAN WAALAIKUMUSSALAM...




APABILA SESEORANG MEMBERI SALAM KEPADAMU,
JAWABLAH IA DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS BESERTA SENYUMAN...
ERATKAN UKHUWAH ANTARA SAUDARA SESAMA ISLAM...

Khamis, 4 Disember 2008

BAKAL ULAMA - INSYA ALLAH



Namanya Zakwan Munir. Berumur 6 tahun pada 24 Disember ini. Zakwan belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ibnu Rusyd, Taman Cicely, Teluk Intan. Zakwan merupakan abang kepada Aina Fasihah.

CILIK YANG CELIK ICT





Lihatlah jari jemari I'ah begitu lincah menekan keyboard laptop.




Si Cilik ini namanya Aina Fasihah. Dalam keluarga di panggil I'ah aje. Baru berumur 3 tahun 10 bulan. Dengan usia semuda itu, I'ah nampak macam cekap menggunakan laptop ayahnya. Bukan itu sahaja, I'ah juga selalu membelek-belek handset emaknya.
Inilah dia generasi celik ICT.
I'ah boleh menghantar SMS dan mengambil gambar menggunakan handset.
I'ah baring di atas sofa kegemarannya.