Jumaat, 12 Jun 2009

BERMAIN AIR DI LATA KINJANG

Pada 11 Jun 2009, kami sekeluarga pergi berkelah di Lata Kinjang. Kami semua berasa amat gembira. Kami membawa bekalan makanan seperti sanwich sardin dan nasi goreng. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.15 pagi. Sebelum menuju ke destinasi, ayah mengisi minyak kereta dan membeli suratkhabar.
Dalam perjalanan, kami sudah pun sampai di Chenderiang. Kami membuka tingkap kerta kerana udara di sana nyaman dan sejuk. Dalam fikiran saya, terbayang-bayang suasana di air terjun.
Tiba di Lata Kinjang, kami lihat hanya sikit sahaja bilangan orang yang datang di sana. Mungkin masih awal. Kami memilih tempat yang sesuai untuk membentang tikar. Selepas itu, kami makan dahulu makanan yang dibawa. Selepas itu, kami pun terus mandi-manda. "Brrr.." sejuknya air! Walaupun sejuk tetapi nyaman dan menyegarkan. Ketika kami mandi kami berhati-hati kerana batu-batu di sana amat licin dan airnya deras.

Ikhwan, emak dan ayah...

Ikhwan mengajar Ci`ah baring atas batu...


Selepas puas mandi, saya, kakak, ikhwan dan ayah pergi menaiki tangga yang menuju ke tempat air terjun yang tinggi. Kami bertiga berasa amat seronok. Sampai di atas, kami berasa gayat dan takut sedikit kerana batu-batu di atas amat besar. Tapi menyeronokkan! Zakwan dan Fasihah yang berada di bawah bersama emak hanya menangis kerana mereka berdua pun nak ikut jugak!

Bergambar di pertengahan puncak air terjun...


Beberapa jam kemudian, kami menggulung tikar dan mengemas barang untuk berangkat. Walaupun penat, tetapi ini adalah kenangan yang amat menggembirakan!!!