Jumaat, 31 Julai 2009

IKHLAS...

Dipetik dari laman web iluvislam.com


Keikhlasan nan tercalarPabila kesabaran mula menghindarLemah dan tunduk tanpa sedarBisikan syaitan nan tak pernah pudarMenawan kalbu hamba nan ingkarKeikhlasan nan terhakisKerana hati tak bisa menangisPujukan dan rayumu wahai sang iblisKetipisan iman tak bisa menepisLalu…Lerailah budi,lenyaplah jasaSegunung budi selaut jasaGanjaran dinanti tak kunjung tibaGanjaran melayang di tingkap terbukaDosa menerpa di hati bertakhtaBudi dan jasa sia-sia semataIbadat dilaksana jerih segalaAduhai…Sukarnya mencari keikhlasanPerit dan getirnya menebal keimananLalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnyaDi sinilah…Kupohon pada-Mu walau dalam susahKupohon pada-Mu walau dalam payahIkhlas itu rahsia AllahMudah-mudahan padakuRahmat-Mu tercurah.

Khamis, 30 Julai 2009

SELEMBAR BULU MATA



Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan.
" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.
"Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .


RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.


Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.


p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Sabtu, 25 Julai 2009

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.3)


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, diaakan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,Allah SWT menganugerahkan.. dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkanrahmat padanya.5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, makaAllah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semuamemohon keampunan dan mendoakan baginya.6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWTakan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orangyang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitannescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Subhanallah. ..

PAHLAWAN DARI SEKALIAN PAHLAWAN

Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamallahu Wajhah.Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi mana-mana pesilat walaupun sehebat Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mendapat pengiktirafan daripada malaikat Jibril.Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman. Wallahu alam.Pengaruh Saidina Ali dapat dilihat dalam silat-silat Melayu yang mendakwa aliran mereka mempunyai permainan pedang Saidina Ali, jeritan muktamad Saidina Ali, buah-buah penangkap Saidina Ali dan sebagainya. Memang sewajarnyalah ada pihak-pihak tertentu yang membuat kajian tentang sejauh manakah pengaruh menantu Rasulullah SAW ini dalam seni beladiri di nusantara.Orang Arab memang terkenal dengan syair. Orang pertama yang mendendangkan syair tentang kasih-sayang kepada Nabi Muhammad ialah bapa Saidina Ali sendiri iaitu Abu Talib, yang terkenal sebagai pembela Rasulullah SAW dalam menghadapi kaum kafir Quraisy.Sewaktu isterinya (Fatimah) mengandungkan Saidina Ali, Rasulullah telah menyatakan hasrat baginda untuk mengahwini anak dalam kandungan itu sekiranya perempuan. Abu Talib bersetuju. Dia juga mencadangkan agar Rasulullah sendiri mengasuh bayi itu hingga besar jika lelaki pula.Setelah cukup masanya, Fatimah pergi berdoa di hadapan Ka’abah. Tuhan menunjukkan kemuliaan kepada anak itu apabila Saidina Ali sendiri dilahirkan di dalam Ka’abah. Kelahiran dalam Ka’abah itu adalah yang pertama dan yang terakhir dalam sejarah umat manusia.Fatimah menamakan bayi lelaki itu Haidarah, yang bermaksud singa. Rasulullah SAW tiba selepas itu lalu menamakannya pula sebagai Ali. Ketika itu Rasulullah berusia tiga puluh tahun.Saidina Ali mempunyai nama gelaran ‘Abu Turab’ yang diberi oleh Rasulullah SAW bermaksud ‘Bapak Pasir/ Debu/ Tanah’. Gelaran ini diperolehi kerana Rasulullah tersua Saidina Ali yang sedang berbaring di atas tanah di Masjid Nabawi lalu terus dipanggil baginda, “Ya Abu Turab’. Kemudian Rasulullah menyapu tanah yang melekat di punggung Saidina Ali.Dalam peristiwa lain, Saidina Ali pernah tidur di bawah sebatang pokok kerana letih berperang. Dia baring di atas tanah tanpa beralaskan apa-apa. Rasulullah kejutkannya dengan memanggil nama tersebut.Sumber lain mengatakan yang Saidina Ali jika merasa marah dengan isterinya (Fatimah- anak Rasulullah), dia diam sahaja lalu membawa hati dengan pergi ke masjid dan berbaring di atas tanah. Sekiranya Rasulullah melihat keadaan ini, tahulah baginda yang Saidina Ali ada krisis dengan isterinya yang memerlukan bantuan baginda.PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali (bah. 2)Bagaimanakah fizikal pendekar agung ini? Tubuhnya agak rendah dan gemuk (berisi). Kedua bahunya lebar. Tangannya berurat. Dadanya lebar dengan perut yang agak besar. Jari-jemarinya halus tetapi kuat. Bentuk sebegini bolehlah disamakan dengan fizikal ahli angkat berat pada zaman ini.Matanya lebar, bundar, hitam dan sayu. Raut wajahnya menarik dan selalu tersenyum. Berkulit sawo matang. Kepalanya culah. Ketika berjalan banyak condong ke depan. Pergerakannya lincah dan tangkas.Pernah berkahwin dengan sembilan orang wanita dan dianugerahkan Allah lebih kurang tiga puluh orang anak. Beberapa orang anak lelakinya gugur syahid dalam pembunuhan zalim di medan Karbala.Dikatakan Saidina Ali adalah orang pertama yang memeluk Islam. Rasulullah diangkat sebagai Rasul pada hari Isnin dan Saidina Ali Islam keesokannya. Namun ada juga pendapat mengatakan Siti Khadijah (isteri Nabi) yang memeluk Islam terlebih dahulu. Memeluk Islam dalam umur lapan ke dua belas tahun. Namun sebelum itu beliau tidak pernah menyembah berhala.Dikenali juga dengan nama ‘Qadhim’ di kalangan kafir Quraisy yang bermaksud Si Tukang Gigit. Pemuka-pemuka Quraisy yang segan untuk bertindak ke atas Nabi Muhammad kerana Abu Talib masih hidup, telah menghasut agar anak-anak kecil melontar batu kepada baginda. Sudah tentulah Abu Talib tidak dapat menahan perlakuan budak-budak.Namun begitu Saidina Ali sentiasa melindungi Rasulullah. Dia akan mengejar budak-budak tadi lalu menggigit telinga dan hidung mereka. Budak-budak itu tidak berani melawan Saidina Ali kerana dia memang handal bergusti. Abu Talib sering mengumpulkan anak-anaknya untuk bergusti sesama sendiri dan Saidina Alilah juaranya.Saidina Ali boleh dikatakan orang yang paling mahir bahasa Arab sesudah Rasulullah kesan asuhan baginda terhadapnya dari kecil hinggalah dewasa sedangkan Rasulullah merupakan orang Arab yang terfasih.Selain seorang pendekar, Saidina Ali juga seorang yang pandai akal. (Ada pendapat mengatakan perkataan ‘pendekar’ itu asalnya pandai akal/ pendek akal/ panjang akal. Jika benar akhir perkataan ‘pendekar’ itu ‘akal’, sudah tentulah orang sebelah utara menyebut ‘pendekar’ dengan ‘pendekai’. Tetapi mereka menyebut ‘pendekar’ sebagai ‘pendekaq’. Maksudnya, hujung perkatan ‘pendekar’ itu bukanlah ‘akal’ atau huruf ‘lam’ tetapi tetap huruf R atau ‘ra’ jawi membuatkan pendapat tersebut boleh diketepikan).Kebijaksanaan beliau menjawab pertanyaan rumit secara terus dan lancar ketika itu juga amat menakjubkan. Pernah diajukan masalah dua orang yang si A mempunyai 5 keping roti sementara si B ada 3 keping. Kemudian datang si C makan bersama-sama mereka. Setelah makan si C bayar 8 dirham. Bagaimanakah pembahagian yang paling adil untuk A dan B?Kalau mengikut pertimbangan kita, sudah tentulah A mendapat 5 dirham dan B 3 dirham. Namun Saidina Ali tanpa menggunakan mesin kira terus menjawab ketika itu juga bahawa A mendapat 7 dirham dan B pula hanya 1 dirham. Ternyata inilah pembahagian yang paling adil (sila fikirkan sendiri).Pernah juga sewaktu berada di atas mimbar, orang bertanyakan jarak di antara Timur dengan Barat. Melihat kepada keadaan ketika itu sudah tentulah soalan tersebut bertujuan menguji beliau. Saidina Ali memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan berbentuk menguji itu: “Jarak antara Timur dengan Barat adalah jarak perjalanan matahari dalam masa sehari.”Ada juga orang bertanyakan jarak pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Jawan beliau: “Jaraknya ialah empat jari (iaitu jarak antara mata dengan telinga). Yang hak itu dapat dilihat dengan mata dan yang batil itu (biasanya) didengar oleh telinga.”Saidina Ali juga merupakan guru utama ilmu-ilmu fiqh. Ini dapat dibuktikan melalui sanad berikut: Imam Ahmad (pengasas mazhab Hambali) belajar daripada Imam Syafie yang belajar daripada Imam Malik (pengasas mazhab Maliki) yang belajar daripada Rabi’ah yang belajar daripada Ikrimah yang belajar daripada Ibnu Abbas yang belajar daripada Saidina Ali.Begitu juga dengan sanad ini: Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) belajar daripada Jaafar As Shadiq yang belajar daripada Muhammad Al Baqir yang belajar daripada ZainulAbidin yang belajar daripada Saidina Ali.Dengan itu, kesemua Imam Mazhab yang empat sebenarnya mengambil ilmu daripada Saidina Ali. Sudah semestinyalah seorang yang ingin memperjuangkan dunia persilatan turut memahirkan diri dalam bidang keagamaan agar tidak tersalah jalan di kemudian hari.PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali (bah. 3)Ketika Saidina Umar dan para sahabat buntu fikiran memikirkan permulaan taqwim Islam, mereka minta pendapat Saidina Ali. Terus dijawabnya dengan lancar, “Tetapkan saja mulai hari hijrahnya Rasulullah SAW.” Itulah taqwim yang kita gunakan hingga ke hari ini.Saidina Ali pernah berkata, “Seandainya semua orang Arab maju hendak menyerang aku, aku tak akan lari.” Kata-kata ini adalah untuk menunjukkan keperibadiannya.. yang sebenar, bukan bertujuan menunjuk-..nunjuk. Begitu juga dengan katanya: “Tidak ada orang yang selamat berduel denganku.”Setiap kali berduel (lawan pedang satu sama satu), beliau pasti akan menang. Tidak ada satu rekod pun menunjukkan yang beliau kalah menjadikannya ‘undefeated’. Terbunuhnya Saidina Ali hanyalah secara pukul curi pada waktu gelap.Kekuatannya boleh dilihat dalam peristiwa beliau mencantas badan Ibnu Wudd (pendekar Quraisy) hingga terputus dua dengan sekali hayunan pedang sahaja sedangkan musuhnya ketika itu memakai baju zirah (besi).Begitu juga dengan Marhab (pendekar Yahudi) yang terbelah kepalanya terus ke rahang sedangkan dia memakai topi besi dengan sekali hayunan pedang. Ini membuatkan musuh-musuhnya begitu gentar kerana mereka tahu, dengan berbaju zirah dan bertopi besi pun tidak akan selamat jika lawan mereka Saidina Ali.Marilah kita renungkan bagaimanakah kentalnya semangat juang Saidina Ali apabila beliau ditanya: “Apakah engkau tidak berhasrat untuk membeli seekor kuda pacuan (yang akan digunakan dalam peperangan?.” Jawabnya: ‘Aku tidak memerlukan kuda pacuan kerana aku tidak akan lari daripada menghadapi musuh yang menyerang dan tidak akan menyerang musuh yang lari.”Pada zaman itu, pihak musuh akan merasa bangga sekiranya ada di kalangan ahli keluarga mereka yang terbunuh di tangan Saidina Ali kerana ini menunjukkan keberanian berhadapan dengan pendekar teragung Rasulullah SAW. Sebaliknya wajah mereka akan berubah apabila mendapat tahu yang ahli keluarga mereka terbunuh bukan di tangan beliau.Bagaimanakah Saidina Ali boleh menjadi begitu kuat? Sebenarnya kegagahan beliau wujud sejak zaman bayi lagi. Apabila dibedung oleh ibunya, kain bedung akan terbuka. Kemudian dibedung pula dengan dua helai kain, pun terbuka juga. Akhirnya dia dibiarkan tidak berbedung.Ketika berhijrah ke Madinah, Saidina Ali bersama dua orang lelaki membawa serombongan wanita yang semuanya bernama Fatimah...Tiba-tiba muncul lapan orang kafir Quraisy yang menunggang kuda. Hanya Saidina Ali saja yang berani mencabut pedang berhadapan dengan mereka.Salah seorang musuh menyerang lalu ditetak oleh Saidina Ali terus terbelah tubuhnya apabila pedang beliau tembus dari atas ke pelana kuda. Alangkah hebatnya! Ini membuatkan ketujuh-tujuh musuh lagi bertempiaran lari bersama kuda-kuda mereka.Saidina Ali sangat kuat beribadah. Di dahinya ada kulit yang tebal kehitam-..hitaman tanda beliau membanyakkan sujud kepada Allah SWT. Cucu beliau yang bernama Zainal Abidin solat seratus rakaat sehari tetapi sering mengeluh kerana belum lagi mencapai taraf ibadah datuknya.Kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz, khalifah dari Dinasti Umaiyah juga Mujaddid kurun pertama Hijrah: “Orang yang paling zuhud di dunia ialah Saidina Ali bin Abi Talib.”Menurut Ibnu Abbas, Saidina Ali mempunyai empat kelebihan:1. Beliau adalah orang pertama yang solat dengan Rasulullah SAW.2. Sentiasa membawa panji Rasulullah dalam pelbagai peperangan.3. Orang yang paling banyak memberi perlindungan kepada Nabi dalam peperangan.4. Beliau memandikan dan memasukkan sendiri jenazah Rasulullah ke dalam lahad.Sebagai seorang pendekar yang terhormat, beliau tidak bersifat pendendam. Sebelum meninggal dunia, beliau berpesan supaya orang yang menikamnya dilayan dengan baik dan diberikan pengadilan yang sewajarnya. Jangan ganggu keluarga pembunuhnya.Pernah seorang khawarij (musuh Saidina Ali dan Muawiyah) datang bertanyakan masalah syariat Islam kepada Ibnu Abbas. Dia mendapat jawapan yang sangat memuaskan hati lalu berkata: “Sesungguhnya aku belum pernah terjumpa orang yang lebih cerdas daripada engkau.” Jawab Ibnu Abbas: “Ya, tapi aku sendiri belum pernah melihat orang yang lebih cerdas daripada Saidina Ali.” Orang itu berlalu dengan muka yang masam.Pernah juga seorang perempuan mengadu kepada Saidina Umar kononnya dia dirogol oleh seorang lelaki kacak dengan memberikan bukti air mani yang melekat di kain dan pahanya. Saidina Umar minta pendapat Saidina Ali lalu Saidina Ali menuangkan air panas kepada cairan tersebut. Cairan itu membeku dan ternyata ia adalah putih telur. Perempuan itu dihukum kerana memfitnah.Sabda Rasulullah SAW dalam hadith baginda:“Barangsiapa (yang menganggap) aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya (juga).”(Turmizi, Nasa’i, Ahmad dan lain-lain)Menurut Imam Ahmad pula, Saidina Alilah satu-satunya sahabat yang paling banyak keutamaannya disebut dalam hadith-hadith.Saidina Ali juga merupakan model ‘sunnah’ yang paling utama memandangkan beliau tinggal bersama-sama Rasulullah SAW sejak kecil lagi.*KEGAGAHAN SAIDINA ALI KARAMALLAAHU WAJHAH.Bukti kegagahan dan kependekaran Saidina Ali terlalu banyak untuk diriwayatkan. Di antaranya ialah beliau berjaya merempuh dan memecahkan pintu kubu Yahudi Bani Khaibar seorang diri sedangkan terdapat dua puluh orang musuh yang menahannya dari dalam. Lebih dahsyat lagi, sebelah pintu yang sebegitu besar dan berat itu dibuatnya perisai tangan.Sewaktu pembukaan Kota Mekah, terdapat sebuah berhala yang besar di atas Ka’abah. Saidina Ali berjaya menolaknya jatuh sedangkan sepuluh orang pejuang yang berpadu tenaga gagal berbuat demikian sebelum itu.Dalam satu peperangan lain, sebuah mata air tertindih dengan batu yang sangat berat. Tiada siap pun yang dapat mengalihkannya kecuali Saidina Ali.Sewaktu kanak-kanak, salah seorang rakannya telah terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Saidina Ali mengangkat rakannya itu dengan menghulurkan sebelah kaki sahaja.Dalam Perang badar, tujuh puluh orang musuh berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Tiga puluh empat daripadanya maut di tangan Saidina Ali.Dalam Perang Uhud pula, beliau menewaskan dua belas orang musuh dalam pertandingan satu sama satu sebelum peperangan bermula.Dalam Peperangan Khandaq, seorang pahlawan Quraisy yang termasyhur bernama Amru Ibnu Abdi Wudd dengan niat mengejek melangkah parit seorang diri ke tempat tentera Islam. Dia meminta duel. Tiada seorang pun tentera Muslimin yang berani bersuara kerana mereka tahu betapa handalnya Ibnu Wudd.Namun begitu sikap Saidina Ali amat berlainan. Tiga kali Ibnu Wudd mencanangkan duel tanpa jawapan tetapi setiap kali itulah pula Saidina Ali bergerak ke hadapan untuk menyahut cabarannya. Cuma dia dihalang oleh Rasulullah memandangkan Ibnu Wudd bukan calang-calang pendekar.Setelah mendesak beberapa kali Rasulullah pun mengizinkan beliau pergi dengan hati yang berat. Sungguh di luar dugaan, Ibnu Wudd terputus dua badannya walaupun mereka baru berbalas beberapa kali tetakan. Terus luntur semangat musyrikin Quraisy.Sungguhpun beliau pendekar segala pendekar, tetapi dia tidak membina kekayaan sebagaimana pendekar moden hari ini. Saidina Ali tidak pernah tinggal dalam rumah batu (sedangkan orang Arab lain biasa berumah batu). Tidak pernah makan makanan yang lazat-lazat. Tidak pernah memakai pakaian yang halus dan mahal, semuanya kasar-kasar belaka.Dalam usaha untuk menjadi seorang pejuang silat, ikutilah contoh kezuhudan, keberanian, kealiman, kebijaksanaan, ketakwaan dan lain-lainya sbagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ali.Akhirnya, kita menutup riwayat ringkas Saidina Ali r.a. ini dengan dua buah cerita menarik. Cerita pertama disampaikan oleh seorang pakar tempur dari Ipoh, Perak.Tersebut dalam sebuah kitab lama, kononnya Saidina Ali pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, adakah lagi pahlawan yang lebih handal bermain pedang daripada aku?” Jawab baginda: “Ya, ada”.Saidina Ali begitu terkejut dengan jawapan tersebut lalu meminta Rasulullah menunjukkan pahlawan itu kepadanya agar dapat dia bertukar-tukar fikiran dan menguji kehandalan masing-masing. Rasulullah meminta Saidina Ali pergi saja ke suatu tempat terpencil keesokan harinya. Di sana dia akan menemui pahlawan yang dikatakan itu.Saidina Ali pergi ke sana lalu terlihat seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan kain (bertopeng) sedang berlatih jurus-jurus pedang seorang diri. Saidina Ali pun memperkenalkan dirinya dan menyatakan tujuan kedatangannya.Pahlawan itu tidak keberatan lalu mereka pun berbalas tetakan dan tikaman pedang. Akhirnya Saidina Ali tewas. Saidina Ali akur bahawa memang ada lagi orang yang lebih handal daripada dirinya.Sebaik-baik sahaja topengnya dibuka, ternyata pahlawan tersebut ialah Rasulullah SAW sendiri! Kisah ini bersesuaian sekali dengan riwayat para sahabat yang mengatakan Saidina Alilah orang yang paling banyak melindungi Rasulullah dalam peperangan. Namun begitu apabila keadaan terlalu mendesak, beliau sendiri pula turut berlindung di belakang Rasulullah.Cerita kedua, yang saya yakin hanyalah mainan kata orang-orang tua dahulu kala disampaikan oleh seorang ustaz di Trong, Perak. Kononnya, asal biji buah gajus/ janggus/ jambu ketereh itu berada di luar buahnya adalah kerana terkejut dengan pekikan muktamad Saidina Ali lalu terus tersembul keluar sehinggalah ke hari ini. Wallahu a'lam.P/S:- Hamba ada terbaca dalam satu web di internet, (Maaf, hamba dah tak ingat apa linknya) meriwayatkan bahawa, Saidina Ali KW & juga Saidina Hamzah RA, ada berguru & menuntut Ilmu2 Seni & Kemahiran Peperangan & Pertempuran, dari Chief Malaikat, yakni Jibril AS.Jadi, tidak hairan & tidak mustahil mengapa tiada musuh yang selamat apabila bertempur "face to face" & "one on one" dengan kedua-dua Pahlawan Teragung ini.Walaupun kedua-dua Pahlawan Terbilang ini seperguruan, & memiliki KUDRAT yang teramat sangat jauh melampaui kudrat manusia normal, namun kenyataannya......... Walau SEGAGAH-GAGAH SAIDINA ALI KW, PERKASA LAGI PAKCIKNYA, SAIDINA HAMZAH RA.


(Ada sirahnya, kalau nak tahu cool.gif .)Sebab itulah, bagi mereka yang ada mempelajari Ilmu2 Persilatan, Kebatinan & Hikmah & mengkaji bab2 Ilmu Kudrat, Ilmu Gagah dan yang seumpamanya, biasanya dalam Bacaan Ayat2 Jampi@Mentera tersebut, ada sebaris@..serangkap ayat berbunyi lebih kurang seperti ini, "Kuat Aku Seperti Saidina Ali", "Gagah Aku Seperti Kederat Baginda Ali" dan yang semaksud dengannya cool.gif .Wassalaamu..

MUHASABAH BUAT KAUM WANITA

Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada.Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Illahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-..nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu,sebahagian daripada mereka yang bertudung,bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa.Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti,Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh,Yang sukar sekali untuk diperoleh,Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,

BOLEHKAH WANITA BERDAKWAH MELALUI NASYID..?

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير".. Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majoriti ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majoriti ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim) Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat. Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat. Amaran Allah Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :- فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاًErtinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32) Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177) Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus. Suara Wanita Ketika Beribadah Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :- 1) Ingin Menegur Imam semasa solat,Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja. Hadithnya :-فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652) Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)2) Wanita dan azanImam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas) Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 ) 3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah) Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 ) Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan فرع : صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )4) Suara wanita dan talbiah HajiIjma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 ) Kesimpulan Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 ) 2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161) Maka kumpulan nasyid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga. Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nasyid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. " tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita. Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.Sebagaimana di sebut oleh dalil :- إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَErtinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 ) Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nasyid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya. Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk. Nabi SAW bersabda :إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكمErtinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari ) Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 ) Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja. Setiap hasil untung dari jualan kaset nasyid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita. Sedarilah kumpulan nasyid wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi. BANTAHAN KEPADA ARTIKEL Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.Hadith ini adalah seperti berikut :- عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَاErtinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335 Dalam riwayat lain : عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَاُErtinya : "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya" Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :- 1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh. 2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas"وليستا بمغنيتين" Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان بهErtinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442) 3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :- وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهنErtinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183) 4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغErtinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269) قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغErtinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh.


(Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 ) Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :- لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعرابErtinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181) Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.

REBUTLAH GELARAN IKHWAN

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zamanYang disabdakan dari lidah Rasul junjunganAgar kita menjadi orang yang membuktikanGolongan yang baginda rindukanTika para sahabat itu bertanyaSiapakah yang diberi gelaran itu padanyaMembara cemburu di hati merekaHingga menitiskan airmataIa tawaran yang tiada tandinganLantas baginda menyambung lagiIkhwan itu mengamalkan sunnahkuBagai menggenggam bara apiDan mereka amat menyintaikuSekalipun tidak pernah bertemuukhwah mereka bagaikan susunan batu bataSaling menguatkan di antara merekaUmpama satu ibu dan satu ayahFikiran, keyakinan dan keselarasanPerjuangannya ibarat singa di siangnyaBagai abid pula di malam harinyaRuhbanu fillail wa fursan finnaharGelaran yang baginda berikan.

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihanMereka pilihan di atas pilihanBilangannya sedikit tetapi besar di sisi TuhanKerana dosa amat dihindarkanLuar biasanya taqwa IkhwanKerana taqwanya diberi pertolonganKerana taqwanya diberi rezekiDan dunia diselamatkan TuhanWahai pencinta-..pencinta kebenaranYang menagih janji TuhanRebutlah gelaran Ikhwan di akhir zamanrebutlah gelaran ikhwan

Sabtu, 11 Julai 2009

KEUTAMAAN BULAN REJAB

Rasulullah SAW bersabda:"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."Dari Abu Hurairah ra, diaberkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa puasa 27 Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril tutun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan." Baginda juga bersabda: "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung."Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak 1200 kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafankan dengan kafan yang elok.

Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata, "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil , "Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepadaKu di bulan Rejab, tidak akan-Ku -biarkan dia sendirian di liang jahat!"Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dia hari Jumaat bulan Rejab, semua Malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.Dari Anas ra, dia berkata, "telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah 900 tahun." Dan berkata Anas ra, "pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari nabi SAW."

Sabtu, 4 Julai 2009

KEUTAMAAN BULAN REJAB

Rasulullah SAW bersabda:"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."Dari Abu Hurairah ra, diaberkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa puasa 27 Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril tutun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan." Baginda juga bersabda: "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung."Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak 1200 kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafankan dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata, "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil , "Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepadaKu di bulan Rejab, tidak akan-Ku -biarkan dia sendirian di liang jahat!"Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dia hari Jumaat bulan Rejab, semua Malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.Dari Anas ra, dia berkata, "telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah 900 tahun." Dan berkata Anas ra, "pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari nabi SAW."