Sabtu, 6 November 2010

KUIH MELAKA BUATAN SENDIRI...



Assalamualaikum W.B.T..

Kali ini, kami sekeluarga mencuba buat kuih melaka sendiri...nasib baik emak pandai buat...bolehla belajar buat kuih ni...best! Sedap sangat kalau buat sendiri daripada beli... :)


Jumaat, 19 Mac 2010

TELUK BATIK..!

Assalamualaikum...Cuti bulan Mac kali ini, kami semua pergi berkelah di Teluk Batik...Best...













Sabtu, 13 Februari 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


Kepada semua masyarakat kaum Tionghua, blog My-usrati mengucapkan selamat menyambut hari raya cina...Terima kasih...

Isnin, 11 Januari 2010

SAMPAI JUGA KE CAMERON HIGHLAND






Walaupun cuti telah berakhir namun saya sekeluarga masih tetap ingin menjejakkan kaki ke tanah tinggi ini yang setiap tahun akan kami kunjungi.

Selasa, 22 Disember 2009

JALAN-JALAN KE KL...

Salam semua. Sekarang ini musim cuti sekolah. Hmm..lagi 2 minggu sekolah nak buka. Kali ini, kami sekeluarga sempat ke Kuala Lumpur pada 19 Disember 2009, hari Jumaat. Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.oo pagi. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Perhentian R&R Rawang.




Kira-kira 2 jam kemudian, kami sampai di Ampang dan terus ke rumah makcik kami. Kami berada di Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam.



Comelnya arnab ni...namanya Niko...

Keesokan harinya, kami pergi jalan-jalan. Cadangnya nak pergi Zoo Negara, tapi keadaan tak mengizinkan, hujan renyai-renyai turun ke kota Kuala Lumpur. Cadangan kami seterusnya hendak jalan-jalan menaiki LRT. Kami singgah ke perhentian Masjid Jamek untuk ke Pasar Seni.

Sempat bergambar dalam LRT...

Ambil gambar dalam tandas Pasar Seni ni sebab cantik dalamnya...

Sempat melihat pelukis potret melukis...




Wah, beg berbentuk kasut pun ada..!


Hari ketiga pula, pagi-pagi lagi berkemas barang untuk pulang. Sebelum itu, kami pergi ke Gombak kerana Konvesyen Blogger Pas 2009. Pada pukul 3.00 petang, kami pun bertolak pulang. Walaupun penat, tapi kami tetap gembira...