Sabtu, 11 Julai 2009

KEUTAMAAN BULAN REJAB

Rasulullah SAW bersabda:"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."Dari Abu Hurairah ra, diaberkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa puasa 27 Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril tutun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan." Baginda juga bersabda: "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung."Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak 1200 kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafankan dengan kafan yang elok.

Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata, "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil , "Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepadaKu di bulan Rejab, tidak akan-Ku -biarkan dia sendirian di liang jahat!"Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dia hari Jumaat bulan Rejab, semua Malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.Dari Anas ra, dia berkata, "telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah 900 tahun." Dan berkata Anas ra, "pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari nabi SAW."

Sabtu, 4 Julai 2009

KEUTAMAAN BULAN REJAB

Rasulullah SAW bersabda:"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."Dari Abu Hurairah ra, diaberkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa puasa 27 Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril tutun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan." Baginda juga bersabda: "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung."Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak 1200 kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafankan dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata, "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil , "Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepadaKu di bulan Rejab, tidak akan-Ku -biarkan dia sendirian di liang jahat!"Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dia hari Jumaat bulan Rejab, semua Malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.Dari Anas ra, dia berkata, "telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah 900 tahun." Dan berkata Anas ra, "pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari nabi SAW."

Jumaat, 12 Jun 2009

BERMAIN AIR DI LATA KINJANG

Pada 11 Jun 2009, kami sekeluarga pergi berkelah di Lata Kinjang. Kami semua berasa amat gembira. Kami membawa bekalan makanan seperti sanwich sardin dan nasi goreng. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.15 pagi. Sebelum menuju ke destinasi, ayah mengisi minyak kereta dan membeli suratkhabar.
Dalam perjalanan, kami sudah pun sampai di Chenderiang. Kami membuka tingkap kerta kerana udara di sana nyaman dan sejuk. Dalam fikiran saya, terbayang-bayang suasana di air terjun.
Tiba di Lata Kinjang, kami lihat hanya sikit sahaja bilangan orang yang datang di sana. Mungkin masih awal. Kami memilih tempat yang sesuai untuk membentang tikar. Selepas itu, kami makan dahulu makanan yang dibawa. Selepas itu, kami pun terus mandi-manda. "Brrr.." sejuknya air! Walaupun sejuk tetapi nyaman dan menyegarkan. Ketika kami mandi kami berhati-hati kerana batu-batu di sana amat licin dan airnya deras.

Ikhwan, emak dan ayah...

Ikhwan mengajar Ci`ah baring atas batu...


Selepas puas mandi, saya, kakak, ikhwan dan ayah pergi menaiki tangga yang menuju ke tempat air terjun yang tinggi. Kami bertiga berasa amat seronok. Sampai di atas, kami berasa gayat dan takut sedikit kerana batu-batu di atas amat besar. Tapi menyeronokkan! Zakwan dan Fasihah yang berada di bawah bersama emak hanya menangis kerana mereka berdua pun nak ikut jugak!

Bergambar di pertengahan puncak air terjun...


Beberapa jam kemudian, kami menggulung tikar dan mengemas barang untuk berangkat. Walaupun penat, tetapi ini adalah kenangan yang amat menggembirakan!!!










Ahad, 31 Mei 2009

JAMUAN DI IPOH DAN KENDURI KAHWIN DI KUALA KANGSAR


Pada hari Sabtu lepas, saya dan keluarga telah balik ke Ipoh, iaitu di rumah Ateh, di Taman Semarak. Sebenarnya malam itu kami mengadakan jamuan kesyukuran bersempena Anugerah Khidmat Cemerlang yang diterima oleh kedua-dua ibu bapa saya.


Emak dan Ayah..tahniah !
Ramai yang telah hadir pada malam itu. Antaranya, Acu dan keluarga dari Meru Raya, Wan Cho dan keluarga dari Kg. Tersusun Tawas, Achik Mala dan keluarga dari Sitiawan serta keluarga Ateh sendiri.


Zakwan dan I'ah bersama sepupunya.
Berkumpul ramai-ramai ni..seronok, macam-macam cerita keluar..kami dengar aje le..
Menu jamuan makan malam istimewa juga seperti kari kambing (kesukaan ayah), ayam masak merah, jelatah dan sambal tumis udang galah campur petai.

Aksi Zakwan..
Dapatlah kami berjumpa dengan sepupu-sepupu yang sudah lama tidak jumnpa akibat kesibukan masing-masing.

Keesokan harinya, kami tiga keluarga telah pergi pula ke Kati, Kuala Kangsar untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak saudara Pak Cik Hassan, suami Acik Liza.


Emak dan I'ah sedang menikmati jamuan kenduri.

Ikhwan makan langsung tak tengok orang lain dah..

Kenduri di situ juga menghidangkan masakan kurma kambing. Berselera kami makan. Selepas itu, kami sekeluarga telah singgah bersembahyang Zuhur di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Sempat juga kami bergambar di masjid itu. Saya seperti rusa masuk kampung melihatkan keindahan seni bina masjid ini.


Sempat bergambar di depan Masjid Ubudiah.




Pemandangan di dalam masjid.


Zakwan dan Ikhwan bergambar di pintu depan masjid.


Kemudian, kami singgah di dataran Sungai Perak. Di sana kami makan cendol, ABC dan laksa Kuala. Sedapnya...




Berselera sungguh I'ah makan cendol...

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Guru Oh Guru
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

LT Senai JB.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



(BUAT USTAZ ABDUL RASHID KHAIRANI)
PELIHARAKAN KAKI SEMASA BERJALAN,
PELIHARAKAN LIDAH SEMASA BERKATA;
SABDA NABI DIJADIKAN PANDUAN,
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE CHINA.
BELAYAR BERNAKHODA,
BERJALAN DENGAN YANG TAHU;
KETIKA ILMU DITIMBA,
BIARLAH KITA BERGURU.
TERATAI MELATI MELUR DAN MAWAR,
BUNGA-BUNGAAN HARUM DAN WANGI;
GURU LAKSANA PELITA PELAJAR,
PENYULUH KEGELAPAN PENERANG HATI.
DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN;
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN,
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

SELAMAT HARI IBU...

Assalamualaikum...sudah lama saya tidak menjenguk blog saya ini. Maklumlah, sibuk sikit. Walaupun hari ibu sudah lama berlalu, tidak semestinya kita melupakannya. Hari ibu tidak salah diraikan hari-hari..Dan jangan lupa, jasa ibu bapa jangan sekali-kali kita lupakan hingga ke akhir hayat kita. Ingat, bak kata bidalan, syurga berada di bawah telapak kaki ibu.




Jumaat, 17 April 2009

PERGI TELUK BATIK!!!

Dah lama tidak mengepos dalam blog ini. Pada bulan Mac yang lepas, kami pergi berkelah di Teluk Batik. Kami berasa amat gembira. Ketika kami datang, cuaca tidak cerah. Tetapi lama kelamaan, cuaca cerah kembali. Tetapi air laut masih pasang. Selepas makan makanan yang kami bawa, kami pun pergi mandi-manda ke laut. Seronoknya!!