Jumaat, 17 April 2009

PERGI TELUK BATIK!!!

Dah lama tidak mengepos dalam blog ini. Pada bulan Mac yang lepas, kami pergi berkelah di Teluk Batik. Kami berasa amat gembira. Ketika kami datang, cuaca tidak cerah. Tetapi lama kelamaan, cuaca cerah kembali. Tetapi air laut masih pasang. Selepas makan makanan yang kami bawa, kami pun pergi mandi-manda ke laut. Seronoknya!!



Isnin, 16 Februari 2009

FASIHAH DAN BAJU BARUNYA...

Fasihah dah ada baju baru! Ye, ye! Fasihah nak sangat gambar dia pakai baju meksi barunya keluar dalam komputer. Di bawah ini adalah gambar-gambar Fasihah menggayakan baju meksi barunya itu.






Rabu, 28 Januari 2009

PERGI BERJALAN-JALAN KE IPOH...



Pada hari 26Januari 2009, kami sekeluarga pergi berjalan-jalan ke Ipoh. Kami pergi ke sana kerana ingin meluangkan masa semasa cuti tahun baru cina ini. Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.15 pagi dan sampai di Ipoh kira-kira pada pukul 11.00 pagi. Di sana kami hanya pergi ke Taman Rekreasi D.R. Sampai di sana, kami berhenti di taman permainan kanak-kanak. Di sana ada gerai yang menjual cendol dan makanan ringan.
Apalagi, kami pun beli cendol dan beberapa makanan ringan seperti keropok dan coklat.


Sedapnya! Kami menikmati makanan yang dibeli di bawah pokok yang rendang di kawasan lorong basikal. Kami juga sempat merakamkan beberapa gambar. Beberapa minit kemudian, kami pergi ke taman jepun. Cantik pemandangan di taman jepun ini, sama seperti di negara Jepun. Kami berjalan di sekeling taman ini. Kami juga sempat merakamkan beberapa gambar di sini.
Setelah penat berjalan, kami membuat keputusan untuk balik ke Teluk Intan.
Kami tidak suka lama-lama di Ipoh sebab petang nanti ada gerhana matahari. Kami nak melihat peristiwa ini di rumah kami juga. Kami pun balik ke Teluk Intan kira-kira pada pukul 1.30 petang. Seronok juga pergi ke Ipoh pada kali ini walaupun sekejap sahaja.

Sabtu, 24 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA - HAPPY CHINESE NEW YEAR - GONG XI FA CAI

Di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua warga cina di Malaysia... Dan terima kasih kepada semua yang telah melawat blog saya sekeluarga...