Ahad, 31 Mei 2009

JAMUAN DI IPOH DAN KENDURI KAHWIN DI KUALA KANGSAR


Pada hari Sabtu lepas, saya dan keluarga telah balik ke Ipoh, iaitu di rumah Ateh, di Taman Semarak. Sebenarnya malam itu kami mengadakan jamuan kesyukuran bersempena Anugerah Khidmat Cemerlang yang diterima oleh kedua-dua ibu bapa saya.


Emak dan Ayah..tahniah !
Ramai yang telah hadir pada malam itu. Antaranya, Acu dan keluarga dari Meru Raya, Wan Cho dan keluarga dari Kg. Tersusun Tawas, Achik Mala dan keluarga dari Sitiawan serta keluarga Ateh sendiri.


Zakwan dan I'ah bersama sepupunya.
Berkumpul ramai-ramai ni..seronok, macam-macam cerita keluar..kami dengar aje le..
Menu jamuan makan malam istimewa juga seperti kari kambing (kesukaan ayah), ayam masak merah, jelatah dan sambal tumis udang galah campur petai.

Aksi Zakwan..
Dapatlah kami berjumpa dengan sepupu-sepupu yang sudah lama tidak jumnpa akibat kesibukan masing-masing.

Keesokan harinya, kami tiga keluarga telah pergi pula ke Kati, Kuala Kangsar untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak saudara Pak Cik Hassan, suami Acik Liza.


Emak dan I'ah sedang menikmati jamuan kenduri.

Ikhwan makan langsung tak tengok orang lain dah..

Kenduri di situ juga menghidangkan masakan kurma kambing. Berselera kami makan. Selepas itu, kami sekeluarga telah singgah bersembahyang Zuhur di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Sempat juga kami bergambar di masjid itu. Saya seperti rusa masuk kampung melihatkan keindahan seni bina masjid ini.


Sempat bergambar di depan Masjid Ubudiah.




Pemandangan di dalam masjid.


Zakwan dan Ikhwan bergambar di pintu depan masjid.


Kemudian, kami singgah di dataran Sungai Perak. Di sana kami makan cendol, ABC dan laksa Kuala. Sedapnya...




Berselera sungguh I'ah makan cendol...

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Guru Oh Guru
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

LT Senai JB.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



(BUAT USTAZ ABDUL RASHID KHAIRANI)
PELIHARAKAN KAKI SEMASA BERJALAN,
PELIHARAKAN LIDAH SEMASA BERKATA;
SABDA NABI DIJADIKAN PANDUAN,
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE CHINA.
BELAYAR BERNAKHODA,
BERJALAN DENGAN YANG TAHU;
KETIKA ILMU DITIMBA,
BIARLAH KITA BERGURU.
TERATAI MELATI MELUR DAN MAWAR,
BUNGA-BUNGAAN HARUM DAN WANGI;
GURU LAKSANA PELITA PELAJAR,
PENYULUH KEGELAPAN PENERANG HATI.
DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN;
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN,
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

SELAMAT HARI IBU...

Assalamualaikum...sudah lama saya tidak menjenguk blog saya ini. Maklumlah, sibuk sikit. Walaupun hari ibu sudah lama berlalu, tidak semestinya kita melupakannya. Hari ibu tidak salah diraikan hari-hari..Dan jangan lupa, jasa ibu bapa jangan sekali-kali kita lupakan hingga ke akhir hayat kita. Ingat, bak kata bidalan, syurga berada di bawah telapak kaki ibu.