Rabu, 28 Januari 2009

PERGI BERJALAN-JALAN KE IPOH...



Pada hari 26Januari 2009, kami sekeluarga pergi berjalan-jalan ke Ipoh. Kami pergi ke sana kerana ingin meluangkan masa semasa cuti tahun baru cina ini. Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.15 pagi dan sampai di Ipoh kira-kira pada pukul 11.00 pagi. Di sana kami hanya pergi ke Taman Rekreasi D.R. Sampai di sana, kami berhenti di taman permainan kanak-kanak. Di sana ada gerai yang menjual cendol dan makanan ringan.
Apalagi, kami pun beli cendol dan beberapa makanan ringan seperti keropok dan coklat.


Sedapnya! Kami menikmati makanan yang dibeli di bawah pokok yang rendang di kawasan lorong basikal. Kami juga sempat merakamkan beberapa gambar. Beberapa minit kemudian, kami pergi ke taman jepun. Cantik pemandangan di taman jepun ini, sama seperti di negara Jepun. Kami berjalan di sekeling taman ini. Kami juga sempat merakamkan beberapa gambar di sini.
Setelah penat berjalan, kami membuat keputusan untuk balik ke Teluk Intan.
Kami tidak suka lama-lama di Ipoh sebab petang nanti ada gerhana matahari. Kami nak melihat peristiwa ini di rumah kami juga. Kami pun balik ke Teluk Intan kira-kira pada pukul 1.30 petang. Seronok juga pergi ke Ipoh pada kali ini walaupun sekejap sahaja.

Sabtu, 24 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA - HAPPY CHINESE NEW YEAR - GONG XI FA CAI

Di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua warga cina di Malaysia... Dan terima kasih kepada semua yang telah melawat blog saya sekeluarga...

Khamis, 22 Januari 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL !!!


Boikot barangan Israel sekarang . Sedikit sebanyak kita "menolong" melumpuhkan ekonomi negara mereka.


>Coca cola- ramai orang yang suka minum air ini, tak tahulah macamana nak boikotnye...

>Huggie

>McDonalds- mahal burgernye...bukan sedap sangat pun...

>Disney- Syarikat kartun nie dari Israel rupanya...

>Starbucks-Nampak sedap je kopi dari Starbucks nie...rupanya dari Israel jugak...

>Garnier

>Gap

>Perrier

>Kotex

>Sanex

>Jo Malone

>Lancome

>Libbys

>Loreal

>Marks and Spencer

>Kleenex

>Maybelline

>Nestle- Banyak produk dari Nestle ni. Boikotla sikit-sikit...

>Vittel

>Revlon

>KFC- ayamnye sedap...tapi mahal! Masak sendiri je....

Ini adalah sedikit sebanyak produk yang dijumpai untuk menyalurkan duit kepada askar Israel. Kita perlu berhenti dari membelinya. Ia mungkin hanya perkara kecil tetapi ini adalah satu permulaan...



Ahad, 4 Januari 2009

HARI LAHIR HANI, SEPUPU SAYA

Pada 27 Disember 2008 yang lalu, kami meraikan majlis hari lahir sepupu saya (anak kakak ayah saya) di Ipoh. Hani meraikan ulangtahun ke-7. Suasana meriah. Makanan pun banyak dan menyelerakan.
Kek hari lahir Hani...
Hani (berbaju ungu) tersenyum lebar ketika
memotong kek...

Antara makanan yang disediakan ialah nasi tomato, pulut kuning, rendang ayam, dan kari ayam. Ramai yang datang, antaranya Acu dan keluarga.

















Hani menerima hadiah daripada I'ah.