Khamis, 20 November 2008

SERONOKNYA MANDI...

Pagi tadi, satu insiden tak sengaja telah berlaku di depan rumah kami. Sebuah kereta yang hendak mengundur telah melanggar paip air di tepi jalan menyebabkan paip telah pecah. Maka memancutlah air setinggi tiang elektrik.
Tapi, kerosakan itu menjadi rahmat pula bagi anak-anak di sekitar taman ini. Sementara menantikan pihak Lembaga Air datang repair, maka berduyun-duyunlah anak-anak kecil datang dan mandi di sekitar paip bocor tadi.
Melihatkan kawan-kawan ke situ, Zakwan dan Fasihah pun turut join mandi.

Wah, seronoknya deme...!

Zakwan (baju kuning) dan Fasihah (seluar pink) sedang mandi.

Tiada ulasan: