Jumaat, 21 November 2008

Kucing Peliharaan Kami, Nono!

Nono telah dilahirkan pada bulan Februari 2008. Warna badannya putih keperang-perangan dan amat aktif. Kami memberinya makanan seperti lauk ikan,nasi dan lain-lain lagi. Nono begitu manja. Nono begitu mesra dengan orang yang ia tak kenali. Gambar di bawah adalah gambar Nono...

TAHNIAH, IKHWAN !

Hari ini (21.11.2008) adalah hari terakhir persekolahan bagi Sekolah Rendah Al-Munir. Apabila balik dari sekolah, Ikhwan telah menunjukkan sekeping sijil dan hadiah berupa alat tulis.

Rupa-rupanya, Ikhwan telah memenangi Naib Johan dalam Pertandingan Seni Khat peringkat sekolah. Bangga bukan main dia...



Khamis, 20 November 2008

SERONOKNYA MANDI...

Pagi tadi, satu insiden tak sengaja telah berlaku di depan rumah kami. Sebuah kereta yang hendak mengundur telah melanggar paip air di tepi jalan menyebabkan paip telah pecah. Maka memancutlah air setinggi tiang elektrik.
Tapi, kerosakan itu menjadi rahmat pula bagi anak-anak di sekitar taman ini. Sementara menantikan pihak Lembaga Air datang repair, maka berduyun-duyunlah anak-anak kecil datang dan mandi di sekitar paip bocor tadi.
Melihatkan kawan-kawan ke situ, Zakwan dan Fasihah pun turut join mandi.

Wah, seronoknya deme...!

Zakwan (baju kuning) dan Fasihah (seluar pink) sedang mandi.

Rabu, 19 November 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU...SYAFIZ !

Pada 8 November 2008, bertempat di Dewan Silveritage, Medan Gopeng, Ipoh telah berlangsung malis perkahwinan anak sulung kepada Puan Musalmah Abdul Manap dan Encik Mohd. Taib Mohamed iaitu Mohd. Syafiz Mohd. Taib dan pasangannya Sharifah Suhaily Syed Ismail.


Bergambar keluarga di depan pelamin.


Bersama Wan Cho, Along Na, Kak Ani dan La.


Wan Cho sedang berehat.


Ayah Teh (kanan).

Ramai saudara mara telah datang dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Seremban dan lain-lain. Sambil datang meraikan pasangan pengantin dapat juga bertemu, bertanya khabar saudara mara yang jauh.


Bagai pinanng dibelah dua...

Kadang-kadang kesibukan menyebabkan kita jarang berhubung antara satu sama lain.








Pak Lang dan keluarga.

La, Rozi da Kak Ani.



Along Wati.


Abang Jan dan Rostam.

Abang As dan Rusli.


Along Wati bersama Kak Eda dan Along Na.


Doa selamat dibaca.





BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS

Baru-baru ini, pada 16 november, keluarga kami telah pergi ke Cameron Highlands. Kami telah menginap di Villa Dahlia berhampiran Brinchang selama 2hari 1malam. Di sana kami telah melawat beberapa tempat yang menarik seperti Butterfly Farm, pasar malam Brinchang, ladang teh, Cactus Point dan banyak lagi.


PESANAN BUAT TEMAN