Rabu, 16 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT EIDULFITRI



Assalamualaikum semua. Eidulfitri akan tiba tidak lama lagi. Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua jikalau ada melakukan kesalahan atau kesilapan zahir dan batin.



Ramadan pula kian meninggalkan kita. Kita harap agar kita semua dapat berjumpa semula dengan Ramadan yang akan datang. Insya-allah. Janganlah kita mempersia-siakan Ramadan kali ini. Mana tahu tahun hadapan kita tidak dapat berjumpa kerana kita mati bila-bila masa saja.

Semoga kita semua bergembira pada hari kemenangan dan kesyukuran ini. Insya_allah...

Tiada ulasan: