Pada hari Rabu yang lepas, 2 Disember 2009, kami sekeluarga menerima jemputan ke kenduri kahwin anak saudara Pak Cik Azam di Gerik. Kami bersarapan nasi goreng, sanwich& roti jem rambutan (buatan sendiri..). Selepas itu kami bertolak kira-kira pukul 8 pagi. Perjalanan memakan masa 3 jam (lama tu)...
.jpg)
Kami melalui Kuala Kangsar & Lenggong. Dalam perjalanan, kami terpegun melihat pemandangan di atas bukit. Selepas 3 jam, kami tiba di bandar Gerik. Beberapa minit kemudian, kami pun sampai ke rumah kenduri kahwin.
.jpg)
Tiba di bandar Gerik
.jpg)
Semasa di kenduri
Pada pukul 1.30 petang, kami menunaikan Solat Jama`& Qasar Zohor& Asar di sebuah masjid. Kira-kira pukul 2 petang pula, kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan, kami singgah ke Muzium Arkeologi Lenggong. Seronok! Selepas itu pula kami singgah sekejap ke Lata Kekabu...Rendam-rendam kaki je..Semasa di Lata Kekabu, Shahirah kena gigit 2 ekor pacat di kaki..gelinya..nasib baiklah pacat tu baru nak gigit..kalau tak, kenyangla 2 ekor pacat tu..Selepas itu kami singgah sekejap di R&R Tasek Raban..Isi perut sikit makan nasi ayam& keropok..kami sempat melihat pemandangan yang nyaman& sunyi di tepi Tasek Raban.
.jpg)
Zakwan di Muzium Arkeologi Lenggong
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
3 jam kemudian, kami sampai di Ipoh dan singgah sekejap ke Rumah Mak Cik Rozi (ateh). Berehat sekejap, solat Maghrib& Isyak selepas itu makan malam. Kira-kira pukul 10 malam, kami pun bertolak balik..Dalam pukul 11 malam, kami pun sampai di rumah. Walaupun penat, kami tetap gembira kerana dapat berjalan-jalan bersama keluarga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan