Sabtu, 13 Disember 2008

BERSANTAI DI T.R.A.P SUNGKAI

Minggu lepas, saya sekeluarga telah pergi ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) di Sungkai. Ini merupakan pengalaman pertama kami ke sana. Ia mengambil masa selama lebih kurang satu jam perjalananan dari Teluk Intan.

Masuk melalui laluan jambatan

Sesampainya di sana, kena bayar tiket masuk, mahal juga... Dewasa RM10 (umur 12 tahun ke atas) dan kanak-kanak RM8 (11 tahun ke bawah).

Ihkwan di kolam Mata Air Gunung. Di sini airnya sejuk.

Ada beberapa tempat yang menarik. Antaranya kolam air panas (suam-suam kuku) untuk pengunjung mandi. Ia selamat untuk kanak-kanak kerana airnya cetek. I'ah dan Zakwan pun boleh mandi sekali.

Selain daripada itu, ada tempat merebus telur. Emak saya membeli 7 biji telur dan direndam di dalam air panas. Untuk menjadi telur masak penuh memerlukan 6-7 minit dan telur separuh masak mengambil masa 4 minit. Tetapi kami kena menunggu giliran kerana ramai pengunjung.

Selain itu kami sekeluarga bersantai di kolam keluarga air panas. Bukan untuk mandi tetapi merehatkan kaki dengan memasukkan kaki ke dalam kolam. Memang agak tenang fikiran dibuatnya, walaupun berpeluh.


Sotong gergasi ada di sini..


















Zakwan sedang merendam kaki ke dalam air panas.




Selepas itu, kira-kira pukul 12 tengah hari kami pun balik ke Teluk Intan.









Fasihah (I'ah) nak rasa telur separuh masak.

Tiada ulasan: