Sabtu, 27 Disember 2008

MELAWAT KUALA LUMPUR










Pada 22 disember 2008, kami sekeluarga pergi bercuti di Kuala Lumpur selama 3hari 2malam. Kami bertolak pada waktu pagi. Dalam perjalanan, kami juga singgah sebentar di perhentian rehat, Rawang Selangor. Pada pukul 10 lebih,kami pun sampai di Kuala Lumpur. Kami bermalam di rumah saudara kami di Jalan Kolam Air Lama, Ampang, Selangor. Kami tidak pergi kemana-mana selepas itu. Pada sebelah malamnya, kami pergi stesen tren di Ampang untuk menaiki tren ke Masjid Jamek. Mula-mulanya nak pergi Pasar Seni, tapi tengok ada bazar di sebelah Masjid Jamek, kami pun pergi la di situ. Lagi pun Pasar Seni mungkin jauh lagi. Emak sempat membeli tudung Fasihah dan Zakwan pula membeli patung robot yang boleh bergerak.



Pada hari kedua, kami pergi ke Suria KLCC, kami ke sana untuk pergi ke Petrosains. Mula-mula kena bayar tiket dulu. Selepas itu, kami perlu menunggu selama 20 minit beratur untuk menaiki kabel `Perjalanan Merentas Masa`, ia membawa kami ke tempat yang seterusnya. Kat dalam tu gelap sangat. Beberapa minit kemudian, kami pergi ke tempat yang lain. Terdapat pelbagai pameran sains. Zakwan Fasihah dan Ikhwan seronok menaiki jengkaut kecil yang disediakan untuk mengangkut tanah.Fasihah dan Zakwan terkejut sebab ada dinasaur besar yang bercakap. Ada juga tempat boleh menghidu bau pada zaman dahulu. Kami juga telah menonton cerita wayang yang disediakan menggunakan cermin mata 3D. Tempat yang terakhir sekali di Petrosains ialah Pelantar Minyak. Pelbagai pameran yang disediakan tentang pelantar minyak. Disana juga kami boleh menangkap gambar dan mencetak menggunakan komputer yang disediakan. Kami juga mencuba pelbagai permainan menguji minda yang disediakan.



Setelah beberapa jam berada disana, akhirnya kami sekali lagi menaiki kabel untuk pergi keluar. Sesudah sampai di luar, kami singgah sebentar ke Kedai Xplorasi Petrosains yang menjual cenderahati Petrosains dan pelbagai permainan sains. Tapi semuanya mahal, jadi beli yang berpatutan sahaja. Hanya Ikhwan dan Zakwan sahaja yang membeli apa yang mereka nak beli. Mereka membeli permainan kapal terbang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah saudara . Bersambung...

Tiada ulasan: